FAQ

7. Bagaimana sekiranya saya memerlukan maklumat lanjut?


_____________________________________________

1. Proses Pendaftaran & Diskaun
  • Bagaimana LanguageCourse.Net boleh menawarkan harga yang lebih rendah daripada orang lain, malah lebih rendah daripada sekolah itu sendiri?
    Sebagaimana syarikat penerbangan dan pengusaha lawatan membayar komisen kepada agensi pelancongan untuk setiap tempahan, sekolah-sekolah bahasa juga membayar komisen kepada agensi-agensi. Sebahagian daripada komisen ini digunakan untuk membiayai perkhidmatan kami dan sebahagian lagi disampaikan kepada pelanggan kami sebagai diskaun pada harga yang dikenakan oleh sekolah tersebut.
    Proses pendaftaran dalam talian kami menjimatkan tugas-tugas pentadbiran. Paparan mengenai sekolah-sekolah tersebut dalam talian (berbanding dengan katalog bercetak) bukan sahaja memberikan maklumat yang lebih daripada apa yang boleh didapati dalam risalah, malah ia juga mengurangkan kos dengan ketara. Penjimatan kos ini diturunkan kepada pelanggan kami agar anda boleh memanfaat dari perkhidmatan yang unggul pada harga yang terendah.

  • Siapa yang boleh menggunakan perkhidmatan pendaftaran LanguageCourse.Net?
    Semua orang boleh menggunakan perkhidmatan pendaftaran percuma kami. Kami menawarkan kursus-kursus bahasa untuk individu-individu dan syarikat-syarikat dari seluruh dunia.

  • Bagaimanakah caranya untuk mendaftar bagi sesuatu kursus menggunakan laman web anda?
    Adalah menjadi matlamat kami untuk membuatkannya kedua-dua mudah bagi anda mencari bahasa kursus yang paling sesuai dan mendaftar untuknya. Pada halaman seterusnya, anda akan mendapati gambaran visual untuk langkah-langkah http://www.languagecourse.net/ms/tempah-program-bahasa-dalamtalian ini

  • Bagaimanakah laman web anda berkait dengan sekolah-sekolah bahasa tersebut?
    Languagecourse.net merupakan perkhidmatan pendaftaran bebas yang bekerjasama dengan pelbagai sekolah rakan kongsi di sebilangan negara, yang telah dipilih dengan teliti untuk memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan-pelanggan kami. Kami sentiasa dihubungi oleh sebilangan besar sekolah-sekolah yang ingin menawarkan kursus bahasa mereka di laman web kami. Walau bagaimanapun, hanya sekolah-sekolah bahasa yang terbaik di seluruh dunia yang dipilih, untuk memastikan kualiti program yang tertinggi.

  • Adakah terdapat sebarang kos tambahan untuk membuat tempahan di laman web anda?
    Kedua-dua perkhidmatan perundingan daripada pakar-pakar perjalanan bahasa kami, dan juga perkhidmatan tempahan Languagecourse.net adalah percuma untuk pelanggan kami. Berbeza dari kebanyakan pengusaha atau agensi pelancongan, kami tidak mengenakan sebarang bayaran tambahan kepada harga yang anda akan bayar apabila anda membuat tempahan secara terus dengan sekolah bahasa itu sendiri. Di samping itu, bagi kebanyakan sekolah, kami juga memberikan anda diskaun 5% ke atas yuran pengajian anda! Oleh itu, apabila anda membuat tempahan kursus anda dengan kami, anda boleh merasa yakin bahawa anda akan membayar harga yang terendah untuk kursus bahasa anda. DIJAMIN. Sekiranya anda menjumpai harga yang lebih rendah bagi kursus yang sama, kami berjanji akan membayar anda perbezaannya.

  • Adakah LanguageCourse.Net menawarkan diskaun ke atas semua kursus?
    Kami kini memberikan diskaun 5% ke atas yuran kursus rasmi untuk lebih daripada 90% daripada kursus-kursus bahasa yang anda boleh tempah secara dalam talian di Languagecourse.net. Diskaun ini adalah eksklusif untuk pelanggan yang membuat tempahan di laman web kami dan tidak terpakai untuk pelanggan yang membuat tempahan terus dengan pihak sekolah. Terdapat sesetengah sekolah bahasa yang tidak bersetuju dengan diskaun yang kami bayar kepada pelanggan dari poket kami sendiri ini. Sekolah-sekolah ini masih dipaparkan di laman web kami, tetapi ia jelas dinyatakan pada laman web kami bahawa tidak terdapat diskaun untuk sekolah-sekolah ini.

  • Adakah saya akan mendapat diskaun sekiranya saya membuat tempahan secara terus dengan pihak sekolah?
    Tidak.Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa ia adalah Languagecourse.net, dan bukannya pihak sekolah, yang akan memberikan anda diskaun 5%. Anda hanya layak menerima DISKAUN 5% ke atas yuran kursus asal sekolah apabila anda mengemukakan borang pendaftaran secara dalam talian di laman web kami. Sekiranya anda mendaftar secara terus dengan pihak sekolah, anda tidak akan menerima diskaun tersebut, dan anda juga tidak akan dapat menikmati faedah pelanggan lain yang ditawarkan oleh Languagecourse.net. Dalam pengesahan tempahan terakhir, jumlah diskaun dan pra-pembayaran akan ditolak daripada baki yuran tertunggak.

  • Selain daripada menjimatkan wang, apakah kelebihan lain apabila membuat tempahan melalui LanguageCourse.Net?
    Mendaftar dengan Languagecourse.net bukan sahaja bermakna harga terendah yang dijamin dan pilihan kursus bahasa yang terbesar di seluruh dunia. Sekiranya anda membuat tempahan dengan kami, anda akan memanfaat dari kakitangan perhubungan kami yang cekap dan mesra dan rakan kongsi yang teguh, yang boleh mempertahankan kepentingan anda kepada pihak sekolah, sekiranya terdapat sebarang perselisihan faham. Kami juga menawarkan sokongan kepada pelanggan kami dalam pelbagai bahasa, agar pelanggan-pelanggan yang tidak mahir dalam bahasa Inggeris boleh menyuarakan keperluan dan harapan mereka serta sebarang keraguan yang mungkin timbul sebelum, semasa atau selepas membuat tempahan kursus bahasa mereka.

2. Adakah ia selamat?
  • Adakah ia selamat untuk membuat tempahan kursus bahasa melalui Internet?
    Data peribadi anda akan disimpan dan dirahsiakan sepenuhnya Ia tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak yang tidak terbabit. Hanya pihak sekolah di mana anda mahu mendaftar dan syarikat insurans (jika berkenaan) akan menerima maklumat anda. Pengemukaan maklumat pembayaran adalah 100% selamat kerana ia dilakukan pada laman web yang terjamin dan telah dienkripsi, yang dilindungi sepenuhnya daripada capaian yang tidak dibenarkan.

  • Saya tidak mahu memberi maklumat pembayaran saya melalui Internet
    Pengemukaan maklumat pembayaran adalah 100% selamat kerana ia dilakukan pada laman web yang terjamin dan telah dienkripsi, yang dilindungi sepenuhnya daripada capaian yang tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak mahu memasukkan maklumat kad kredit anda melalui Internet, anda juga boleh menghantarkannya melalui faks atau memberikannya kepada kami melalui telefon. Sebagai alternatif, anda boleh membuat bayaran melalui pemindahan wang atau paypal.

3. Mengenai kursus saya...
  • Bagaimanakah sekolah-sekolah bahasa tersebut dipilih?
    Sekolah-sekolah perlu memenuhi kriteria tertentu yang memastikan bahawa mereka memenuhi jangkaan pelajar, seperti diiktiraf oleh persatuan-persatuan yang terkemuka atau mempunyai latar belakang pendidikan yang kukuh dan berpengalaman, yang menjamin pengalaman perjalanan bahasa yang terbaik untuk pelajar. Hanya peratusan kecil sekolah-sekolah yang berminat untuk diwakili di laman web kami, dapat melepasi proses saringan kami yang menyeluruh.

  • Berapa awalkah saya perlu mendaftar untuk kursus bahasa saya?
    Tidak seperti agensi-agensi lain, kami juga akan memproses tempahan yang dilakukan berhampiran dengan tarikh permulaan kursus, tanpa sebarang bayaran tambahan untuk tempahan saat akhir. Secara umumnya, kami menasihati pelanggan untuk membuat tempahan seawal mungkin, kerana pilihan penginapan yang terbaik biasanya diperuntukkan pada asas siapa-cepat-dia-dapat. Untuk memastikan anda menerima semua dokumen pada masanya, anda perlu membuat tempahan sekurang-kurangnya lima hari bekerja sebelum tarikh permulaan kursus anda. Walau bagaimanapun, kami akan menerima permintaan tempahan anda walaupun ia dilakukan pada saat-saat akhir.

  • Adakah terdapat tarikh permulaan yang khusus untuk kursus-kursus bahasa tersebut?
    Bagi kebanyakan sekolah kami, kursus bahasa bermula pada setiap hari Isnin, maka anda boleh mengambil kursus anda pada bila-bila masa di sepanjang tahun. Tarikh permulaan kursus dipaparkan di bawah setiap kursus. Tarikh permulaan yang khusus mungkin dinyatakan bagi kursus-kursus tahap permulaan (pelajar tanpa sebarang pengetahuan asas). Tarikh permulaan yang khusus juga mungkin dinyatakan untuk kursus-kursus khas, seperti kursus persiapan peperiksaan dan sebagainya.

  • Adakah saya akan menerima sijil di akhir kursus saya?
    Ya. Pihak sekolah akan mengeluarkan sijil pada hari terakhir kursus anda, tetapi rekod kehadiran kursus yang tetap diperlukan.

  • Bagaimana dan bila saya perlu membayar untuk kursus saya?
    Untuk menjamin tempahan anda, bayaran pendahuluan kira-kira 20-30% dikenakan oleh Languagecourse.net semasa pendaftaran. Bayaran selebihnya perlu dibayar terus kepada pihak sekolah, mengikut polisi sekolah tersebut. Kebanyakan sekolah memerlukan pembayaran baki yuran dilakukan sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum kursus bermula. Butiran pembayaran sekolah akan dipaparkan pada invois anda.

  • Adakah anda menerima pendaftaran sekiranya bayaran untuk kursus bahasa dibuat oleh pihak syarikat?
    Ya, kami juga menerimanya. Sila masukkan nama anda dan nama syarikat anda dalam borang pendaftaran, serta juga nombor VAT. Pihak sekolah akan mengeluarkan invois dengan sewajarnya.

4. Tentang penginapan saya...
  • Bolehkah saya membuat tempahan kursus tanpa penginapan?
    Ya. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, anda boleh menguruskan penginapan anda sendiri dan membuat tempahan untuk kursus anda sahaja.

  • Bagaimanakah keluarga-keluarga dipilih?
    Keluarga-keluarga dipilih dengan teliti dan dipantau oleh pihak sekolah sendiri. Mereka mempunyai pengalaman menempatkan pelajar asing dan bekerjasama dengan pihak sekolah secara tetap. Penginapan rumah tumpangan bukan sahaja terdiri daripada keluarga-keluarga, tetapi juga rumah-rumah persendirian dengan pasangan atau orang perseorangan tanpa kanak-kanak.

  • Bilakah saya akan mendapat maklumat penginapan saya?
    Sekolah-sekolah lazimnya menghantar butir-butir penginapan satu atau dua minggu sebelum tarikh ketibaan anda. Walau bagaimanapun, kebanyakan sekolah memerlukan pembayaran yuran penuh untuk menghantar butir-butir penginapan tersebut.

  • Adakah pelajar-pelajar dengan kewarganegaraan yang sama diletakkan di penginapan yang sama?
    Secara umumnya, pihak sekolah akan cuba untuk tidak meletakkan pelajar-pelajar dengan bahasa ibunda yang sama dalam tempat penginapan yang sama. Beberapa sekolah juga memberikan jaminan mereka mengenai perkara ini! Ia ditunjukkan dalam profil sekolah di laman web kami. Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk menetap dengan pelajar yang mempunyai bahasa ibunda yang sama, anda hanya perlu menyatakannya dalam borang permohonan anda, dan pihak sekolah akan cuba untuk mencari penginapan yang sesuai untuk anda.

  • Saya ingin berkongsi kediaman dengan anak saya yang juga akan menghadiri kursus bahasa. Adakah ia boleh dilakukan?
    Ya, beberapa sekolah menawarkan penginapan apartmen yang dikongsi untuk keluarga-keluarga atau juga pilihan untuk tinggal di penginapan rumah tumpangan yang sama dengan anak anda.

5. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya ingin menukar kursus atau penginapan saya?
  • Bolehkah saya membuat perubahan setelah saya melengkapkan borang pendaftaran?
    Ya. Anda masih boleh membuat perubahan selepas melengkapkan borang pendaftaran anda. Ia biasanya mengambil masa kira-kira dua hari bekerja untuk menerima pengesahan tempahan dan invois, maka anda boleh mengubahsuai tempahan anda dalam masa tersebut.

  • Bolehkah saya membuat perubahan setelah saya menerima pengesahan dan invois?
    Ya. Anda boleh mengubahsuai tempahan anda setelah ia disahkan. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah sekolah mungkin mengenakan yuran tambahan untuk sebarang perubahan, dan sebarang perubahan yang dilakukan adalah tertakluk kepada ketersediaan. Kami akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi perubahan yang anda inginkan. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan yang mengurangkan harga kursus sebanyak lebih daripada 30% dianggap sebagai pembatalan separa dan yuran pembatalan akan dikenakan.

  • Apakah yang akan berlaku sekiranya saya terpaksa membatalkan kursus saya?
    Dalam kes sebegini, anda perlu memaklumkan kami secepat mungkin agar kami dapat memaklumkan pihak sekolah dengan segera, untuk mengurangkan sebarang yuran pembatalan yang mungkin dikenakan. Kebanyakan sekolah membenarkan pelanggan untuk menangguhkan kursus mereka dan oleh itu mungkin tidak akan mengenakan yuran pembatalan. Tempahan kursus bahasa melalui Languagecourse.net bermakna anda memasuki kontrak secara terus dengan sekolah tersebut. Sila rujuk kepada Terma dan syarat kami.

6. Mengenai insurans saya...
  • Adakah saya memerlukan insurans?
    Tempahan insurans adalah berdasarkan pilihan anda sendiri. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menempah insurans yang meliputi sebarang kecemasan perubatan, yang mungkin anda hadapi semasa percutian anda.

  • Bagaimanakah saya boleh membayar untuk insurans tersebut?
    Untuk membuat tempahan insurans, anda perlu memberikan butiran kad kredit anda semasa pendaftaran, kerana ia merupakan satu-satunya kaedah pembayaran yang diterima oleh syarikat insurans.

  • Apakah perbezaan di antara pakej insurans yang anda tawarkan?
    Kami menawarkan dua pakej yang berbeza. Pakej asas melindungi anda untuk sebarang kecemasan perubatan, serta beg pakaian anda. Pilihan kedua juga meliputi sebarang yuran pembatalan yang dikenakan oleh pihak sekolah bahasa. Sila baca terma dan syarat-syarat di sini.

  • Bilakah saya akan menerima kad insurans saya? Dan bagaimana?
    Anda akan menerima kad insurans anda melalui e-mel, lazimnya dalam masa tujuh hari selepas anda menerima pengesahan kursus anda.

  • Bolehkah saya menukar tarikh insurans saya?
    Anda boleh menukar tarikhnya, sekiranya perlu, selagi perlindungan insurans masih belum bermula.

  • Bolehkah saya menukar pakej insurans saya?
    Tidak. Setelah anda memilih sesuatu pakej, ianya tidak boleh ditukar.

  • Saya terpaksa melawat doktor di luar negara, bagaimanakah saya boleh membuat tuntutan bayaran balik perbelanjaan perubatan daripada insurans saya?
    Anda hanya perlu mengisi borang tuntutan dan menghantarkannya secara terus kepada syarikat insurans tersebut.

7. Bagaimana sekiranya saya memerlukan maklumat lanjut?
Saya Menyukai
tentang
*diperlukan