X

Jaminan Perkhidmatan Kami

Harga Terendah
100% dijamin, bahawa anda akan membayar harga yang terendah. Anda tidak akan mendapat kursus tersebut pada harga yang lebih rendah apabila membuat tempahan secara terus dengan pihak sekolah atau di mana-mana tempat lain. Kebanyakan sekolah ditawarkan dengan diskaun 5% ke atas harga sekolah. Anda hanya boleh memanfaat daripada diskaun ini apabila anda membuat tempahan di laman web kami. Anda tidak akan menerima diskaun ini apabila membuat tempahan secara terus dengan pihak sekolah.

JAMINAN KAMI: Sekiranya anda mendapati, sebelum atau pada bila-bila masa selepas tempahan anda, kursus yang sama pada harga yang lebih rendah, anda hanya perlu menghantar kami bukti (katalog halaman, URL dan sebagainya). Kami bukan sahaja akan memberikan anda harga lebih rendah yang sepadan, tetapi kami juga akan memotongnya sebanyak 5% lagi.
Tiada Yuran Agensi
100% dijamin, bahawa tiada yuran agensi dikenakan apabila anda membuat tempahan di laman web ini. Berbeza dari pengusaha atau agensi pelancongan yang lain, tiada sebarang yuran tambahan dikenakan oleh kami selain daripada harga asal yang dikenakan oleh sekolah tersebut.
100% Perlindungan Pembayaran
Anda boleh memanfaat daripada perlindungan pembayaran tambahan kami tanpa sebarang kos tambahan, hanya dengan membuat tempahan di laman web kami. Sekiranya berlaku kebankrapan sekolah, pembayaran anda ke sekolah tersebut tidak akan hilang. LanguageCourse S.L. akan menjamin pembayaran yang anda dibuat kepada pihak sekolah tersebut secara subsidiari.
Perkhidmatan Penuh
Sebelum, semasa dan selepas kursus anda, kami berada di sini untuk anda. Anda boleh menghubungi perunding-perunding kami yang berpengalaman dan mesra dengan mudah, menggunakan pelbagai bahasa dan berkomunikasi dengan selesa dalam bahasa ibunda anda. Apabila anda membuat tempahan dengan kami, anda mempunyai rakan kongsi yang bebas dan kuat, yang anda boleh harapkan sekiranya berlaku sebarang perselisihan dengan sesebuah sekolah.
Kualiti Sekolah
Kami menjamin bahawa sekolah-sekolah kami telah dipilih dengan teliti, mengikut standard kualiti yang tinggi. Kriteria-kriteria kami, seperti mesti diiktiraf oleh persatuan yang terkenal atau mempunyai latar belakang pendidikan yang teguh dan berpengalaman, memastikan bahawa sekolah-sekolah tersebut memenuhi jangkaan pelajar. Hanya peratusan kecil sekolah-sekolah yang berminat untuk diwakili di laman web kami melepasi proses saringan menyeluruh kami. Kami menjamin bahawa semua kelas berkumpulan mengambil masa minimum 45 minit, dan saiz kelas tidak melebihi had yang ditetapkan. Sekolah-sekolah akan sentiasa menguji tahap bahasa anda sebelum memulakan kursus anda. Sekolah-sekolah bahasa mesti mempunyai prosedur aduan mereka yang tersendiri dan diwajibkan secara kontrak dengan LanguageCourse S.L. untuk bertindak terhadap sebarang aduan bertulis dalam masa 48 jam.
Terma Keutamaan jika Visa Ditolak
Kebanyakan sekolah rakan kongsi kami telah bersetuju dengan polisi eksklusif khas kami bahawa mereka akan membayar balik sebarang yuran pengajian yang telah dibayar dan hanya akan mengenakan caj minimum untuk menampung yuran pentadbiran, dengan syarat dokumentasi rasmi penolakan visa diterima sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum tarikh permulaan kursus anda. Jumlah ini tidak akan melebihi 180€. Bergantung kepada destinasi pilihan anda, anda mungkin perlu membayar kos kursus penuh terlebih dahulu sebelum dokumen sokongan permohonan visa dikeluarkan. Sekiranya permohonan visa anda ditolak, matlamat kami adalah untuk mengelakkan bayaran pembatalan kursus yang tinggi, yang mungkin mewujudkan beban kewangan yang tidak dijangka. Perhatikan ikon ini pada halaman profil sekolah. Sekolah yang tidak memaparkan ikon ini mungkin mengenakan caj yang lebih tinggi.
Saya Menyukai
tentang
*diperlukan