Polisi Privasi

1. Pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan data peribadi

1.1 Data peribadi hanya dikumpul sekiranya anda memberikannya secara sukarela dalam borang tempahan/pendaftaran kami atau dalam borang maklum balas kepuasan pelanggan kami. Anda boleh mengakses maklumat pada laman web kami tanpa perlu mendedahkan sebarang data peribadi.

1.2 Kami hanya menggunakan data yang anda kemukakan untuk memenuhi tempahan/pendaftaran anda. Maklumat tersebut perlu disimpan dalam sistem kami untuk memenuhi tempahan/pendaftaran anda.

1.3 Kami mungkin akan menghantar anda maklumat berkala mengenai tawaran-tawaran yang terdapat pada laman web kami. Anda mempunyai hak untuk membatalkan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan boleh, dengan menggunakan pautan yang mudah, membatalkan penerimaan maklumat berkenaan laman web kami.

1.4 Sekiranya anda memilih untuk memberi penilaian kepuasan terhadap perkhidmatan/produk kami yang anda langgani, penilaian anda akan dapat dilihat oleh pengunjung lain di laman web kami, tetapi akan dipaparkan secara piawai tanpa sebarang nama.

1.5 Setelah tamatnya perjanjian berkontrak, data peribadi anda akan dipadamkan secara automatik selepas tamatnya tempoh penyimpanan maklumat yang ditetapkan berdasarkan keperluan peraturan cukai dan komersial semasa.

2. Perlindungan ke atas data peribadi

Data peribadi anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga. Ini adalah melainkan rakan kongsi perkhidmatan kami yang perlu menggunakan data anda untuk melakukan pemprosesan tempahan/pendaftaran anda (contohnya, bank yang akan bertanggungjawab ke atas transaksi pembayaran, syarikat penghantaran yang akan mengirimkan barangan atau dokumen anda). Dalam kes-kes sedemikian, kami hanya akan memberikan data minimum yang diperlukan oleh organisasi tersebut.

3. Penggunaan Cookies

Laman web mungkin akan menyimpan apa yang digelar sebagai "cookies". Cookies ini tidak akan mengandungi data peribadi. Ia digunakan untuk memperbaiki kebolehgunaan kunjungan anda ke laman web kami dan memastikan bahawa kandungan laman web dipaparkan dalam bahasa yang tepat.

4. Keselamatan

Data peribadi anda dienkripsikan menggunakan teknologi 256-bit SSL dan dihantarkan melalui internet dalam format yang telah dienkripsikan. Kami menjamin keselamatan laman web dan sistem-sistem lain kami menerusi langkah-langkah teknikal dan berorganisasi terhadap sebarang kehilangan, kemusnahan, akses, pengubahsuaian atau penyebaran data anda oleh sesiapa yang tanpa kebenaran.

5. Hak ke atas maklumat

Berdasarkan peraturan privasi kebangsaan, anda berhak untuk menerima maklumat berkenaan data anda yang disimpan, secara percuma. Anda mempunyai hak untuk membuat pembetulan, menyekat atau memadamkan data selagi permintaan anda tidak bertentangan dengan peraturan kebangsaan yang telah ditetapkan bagi penyimpanan data, iaitu berdasarkan undang-undang cukai dan komersial.

6. Siapa yang harus dihubungi untuk Isu-isu Privasi

Untuk soalan-soalan berkenaan pengumpulan, pemprosesan atau penggunaan data peribadi anda, maklumat, pembetulan, sekatan atau pemadaman data, dan pembatalan kebenaran yang telah diberikan, sila hubungi LanguageCourse S.L. Ronda Sant Pere 16, 3. 08010 Barcelona (Spain)

Saya Menyukai
tentang
*diperlukan