Panduan untuk Program Bahasa Eksekutif dan Perniagaan

Pengetahuan bahasa merupakan aset yang semakin tidak ternilai. Kemahiran bahasa asing bukan sahaja merupakan suatu kelebihan kompetitif - ia merupakan kemestian. Di samping mempelajari bahasa itu sendiri, menghadiri kursus bahasa untuk bidang perniagaan merupakan salah satu tempat yang terbaik untuk membina rangkaian dengan para profesional dari negara-negara dan budaya-budaya yang berbeza.
I. Perbandingan bagi tiga kategori kursus perniagaan yang berbeza
  1. Kursus Eksekutif/Perniagaan Berkumpulan
    Pelajari bahasa perniagaan dalam kumpulan kecil dengan para profesional yang lain (umumnya 3-6 pelajar dalam setiap kumpulan)
    Dapatkan manfaat dari dinamik kumpulan, kongsikan pengalaman anda dengan rakan kerja dalam bidang perniagaan serta bina rangkaian dengan rakan-rakan dari seluruh dunia
    Ambil bahagian dalam perbincangan dan latihan dunia sebenar, seperti melakonkan peranan, mengadakan mesyuarat dan melakukan pembentangan
    Biasanya memerlukan kebolehan bahasa yang sedia ada pada tahap pertengahan. Sekiranya suatu kursus berkumpulan juga sesuai untuk tahap permulaan, ia akan dinyatakan pada laman web kami, pada bahagian maklumat sekolah dalam komen selepas nama kursus tersebut.
    Kami sangat mengesyorkan anda untuk menggabungkan kursus berkumpulan dengan kursus satu-dengan-satu. Kelas-kelas individu akan memaksa anda untuk bertutur dengan aktif dalam bahasa asing yang dipelajari dan akan memberikan anda peluang untuk membincangkan sebarang masalah dan kelemahan anda tersendiri. Semua sekolah kami menawarkan peluang ini.
  2. Klik di sini untuk membuat perbandingan bagi kategori ini.

  3. Kursus Eksekutif/Perniagaan Satu-dengan-Satu
    Kelas-kelas individu dengan seorang guru peribadi hanya untuk anda
    Cara yang terpantas dan terbaik untuk memperbaiki kemahiran bahasa anda
    Sangat intensif - dari 4 hingga 10 pelajaran individu setiap hari
    Pilihan kursus-kursus perniagaan yang luas, seperti Kewangan, Undang-undang, Kejuruteraan, Perubatan, Kemahiran Pembentangan
    Umumnya boleh didapati untuk setiap tahap bahasa
    Direka secara khusus untuk para eksekutif kanan yang perlu mendapatkan pengetahuan khusus dalam sesuatu lapangan dalam masa yang singkat
  4. Klik di sini untuk membuat perbandingan bagi kategori ini.

  5. Gabungan Kursus Standard & Perniagaan Berkumpulan

    Kelas bahasa umum bersama dengan pelajar dari kursus bahasa standard (secara umumnya 8-15 pelajar dalam setiap kumpulan)
    Kelas-kelas bahasa perniagaan tambahan
    Kadangkala lebih jimat berbanding kursus Eksekutif / Perniagaan berkumpulan
    Lazimnya memerlukan kebolehan bahasa pada tahap pertengahan yang telah sedia ada. Sekiranya kursus berkumpulan juga sesuai untuk pelajar tahap permulaan, ia akan dinyatakan pada laman web kami pada bahagian komen maklumat sekolah di bawah nama kursus tersebut.
    Kursus ini mungkin merupakan opsyen sekiranya tiada kursus Eksekutif/Perniagaan Berkumpulan yang ditawarkan bagi destinasi yang diingini.
  6. Klik di sini untuk membuat perbandingan bagi kategori ini.

II. Bagaimana untuk memilih kursus bahasa untuk bidang perniagaan yang sesuai
Kebanyakan pelanggan perniagaan kami ingin memaksimakan hasil kursus bahasa mereka, lantas kursus-kursus yang kami tawarkan adalah secara umumnya bersifat intensif, dengan sekurang-kurangnya 25 pelajaran dalam seminggu. Kerisauan yang lazim adalah sama ada untuk mengikuti kursus berkumpulan atau pun kursus individu. Bagi kebanyakan orang, ini bergantung kepada kos yang perlu dibelanjakan, dan anda mungkin perlu memilih dan menyeimbangkan di antara harga kursus dan potensi kemajuan dalam pembelajaran bahasa tersebut. Kursus Satu-dengan-satu tanpa sangsinya merupakan cara yang paling efektif untuk pembelajaran bahasa, tetapi malangnya juga merupakan yang paling mahal. Apabila memilih kelas-kelas individu, anda mempunyai peluang untuk menyesuaikan tahap dan topik bagi setiap kelas mengikut kemahuan anda. Kelebihan yang utama ialah anda akan sentiasa berkomunikasi dengan guru anda dalam bahasa asing tersebut, dan guru anda akan dapat memperbetulkan sebarang kesilapan dan memberikan maklum balas terus kepada anda. Oleh itu, kursus satu-dengan-satu akan dapat mempertingkatkan kebolehan komunikasi anda lebih pantas berbanding dengan pembelajaran secara berkumpulan.
Kebanyakan sekolah menawarkan kombinasi kursus individu dan berkumpulan. Kombinasi tersebut bukan sahaja merupakan cara pembelajaran yang efektif tetapi juga merupakan tawaran yang baik dari segi kos. Kursus-kursus berkumpulan adalah secara umumnya lebih murah berbanding dengan kursus-kursus satu-dengan-satu. Kursus Perniagaan Eksekutif Berkumpulan ditawarkan secara umumnya dalam kumpulan-kumpulan kecil, yang memberikan peluang kepada semua peserta untuk melibatkan diri secara aktif dalam kelas tersebut. Kelebihan kursus berkumpulan adalah ia memberikan peserta peluang untuk mempraktikkan situasi-situasi berkumpulan dalam dunia sebenar melalui aktiviti melakonkan peranan, mesyuarat dan pembentangan.
III. Kelebihan membuat tempahan kursus bahasa untuk bidang perniagaan melalui LanguageCourse.Net
Kecekapan bahasa untuk bidang perniagaan yang diperlukan mengikut keperluan dan kemahuan anda
Peluang untuk bertemu dengan para profesional lain dari seluruh dunia
Kursus-kursus bahasa dan penginapan yang berkualiti tinggi di sekolah-sekolah kami yang diiktiraf dan paling popular.
Perkhidmatan perundingan percuma, untuk memastikan anda mendapat maklumat yang terperinci mengenai kursus dan sekolah yang berkenaan
Penilaian yang objektif mengenai sekolah-sekolah dari bekas pelajar
Mengurangkan masa yang diperlukan untuk mencari kursus yang sesuai - kami telah pun melakukan proses pemilihan untuk anda!
Harga terendah yang boleh didapati berserta diskaun bagi pendaftaran dalam talian bagi kebanyakan sekolah
IV. Rujukan
ABConsulting, Accenture, Acemis, Beijing Rose Biotech, BMW, Coop, Department of Defence-Australia, DePuy Casting, Deutsche Bank, Deutsche Post, DZ Bank, Ethicon, Mercer, Metro Group, Mitsubishi Pharma Consulting, Mizuho Corporate Bank, Siemens, Techno Venture Management, UBS.


Sila jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami bagi perundingan peribadi.
Saya Menyukai
tentang
*diperlukan