Bagaimana untuk menempah Program Bahasa secara dalam talian?

Cari kursus yang terbaik dan buat tempahan dalam talian pada harga terbaik, yang dijamin di seluruh dunia, melalui salah satu daripada pemimpin dalam pasaran ini. Membuat tempahan kursus bahasa di luar negara tidak pernah begitu mudah! Anda juga boleh menempah penginapan anda pada masa yang sama, sekiranya anda mahu.

1
Klik pada negara yang anda mahu kunjungi
2
Pilih tempoh kursus dan opsyen lain yang anda mungkin perlukan untuk mendapatkan perbandingan khusus bagi sekolah-sekolah bahasa pilihan anda.
3
Berdasarkan penilaian purata oleh bekas pelanggan kami dan harga-harga kursus, ia adalah mudah untuk memilih sekolah pilihan anda. Semak profil terperinci bagi beberapa sekolah pilihan anda dengan mengklik pada nama sekolah tersebut. Kemasukan ke kebanyakan sekolah-sekolah bahasa yang utama di seluruh dunia boleh ditempah melalui laman web kami.
4
Kaji maklumat terperinci pada profil sekolah dan pilih kursus kegemaran anda serta opsyen penginapan. Anda akan dapat melihat harga-harga asal yang ditawarkan oleh sekolah tersebut. Sistem tempahan dalam talian kami tidak mengenakan bayaran tambahan agensi sebagaimana yang dikenakan oleh kebanyakan laman web yang lain. Tiada kos tambahan! Tiada yuran yang tersembunyi!
5
Kira harga kursus pada bahagian bawah halaman sekolah tersebut dan tekan butang “Klik di sini untuk membuat tempahan dengan diskaun 5%”.
6
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, telefon atau hantarkan e-mel kepada pakar perjalanan bahasa kami yang berkelayakan.
7
Kemukakan borang pendaftaran dalam talian. Kami menjamin bahawa tiada tempat lain di seluruh dunia di mana anda boleh mendaftar untuk kursus bahasa ini pada harga yang lebih rendah. Bagi semua sekolah dengan butang "Klik di sini untuk membuat tempahan dengan diskaun 5%", anda akan menerima diskaun 5% berbanding sekiranya anda membuat tempahan terus dengan pihak sekolah tersebut.
8
Anda tidak perlu membayar yuran yang penuh pada masa ini. Untuk menjamin tempahan anda, pihak sekolah hanya memerlukan deposit sebanyak 10-30% dari yuran kursus, bergantung kepada polisi bagi setiap sekolah tersebut. Deposit tersebut hanya akan dikenakan sekiranya pihak sekolah mengesahkan tempat bagi kursus khusus yang dikehendaki itu.
9
Pihak sekolah akan mengeluarkan pengesahan tempahan kursus dan penginapan dalam lingkungan 2 hingga 3 hari bekerja, yang akan dihantar kepada anda oleh perunding kami dalam bentuk PDF.
10
Buat pembayaran dengan selamat terus kepada pihak sekolah. Pihak sekolah akan memberikan butir-butir pembayaran dalam invois mereka.



Ianya semudah itu. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai proses ini, jangan ragu-ragu untuk menghubungi pakar pengembaraan bahasa kami.
Saya Menyukai
tentang
*diperlukan