Tentang kami

Visi kami

Pada tahun 1999, pengasas syarikat, Daniel Spohn, sedang mencari sekolah bahasa di Barcelona. Kecewa dengan proses perbandingan tawaran dari agensi-agensi dan risalah-risalah bercetak sekolah yang memakan masa yang lama, dia mula memikirkan idea untuk mereka alat yang boleh memudahkan proses ini, dan membantu bakal pelajar yang lain memilih kursus dan sekolah bahasa yang terbaik untuk mereka.
LanguageCourse.Net pun dilahirkan. Sebagai laman web bebas, matlamat utama kami adalah untuk membekalkan anda dengan maklumat yang betul agar anda dapat membuat keputusan yang lebih baik di samping menjimatkan masa dan wang anda. Bagaimana kami melakukannya?:

  • memilih sekolah bahasa yang paling terkenal dan bertauliah di setiap bandar di seluruh dunia
  • membekalkan semua maklumat kursus yang relevan, lengkap dan terperinci, dalam satu ruangan yang padat
  • menyediakan forum laporan pengalaman sebenar dan tidak ditapis dari sebilangan besar bekas peserta kursus
  • mengenal pasti sekolah-sekolah yang memenuhi keperluan peribadi tertentu, dan menawarkan harga yang lengkap dan telus serta perbandingan kualiti sekolah-sekolah tersebut dalam lingkungan beberapa saat.

Alat Pembelajaran Dalam Talian Percuma:
Adalah niat kami untuk membina alat pembelajaran inovatif yang bertaraf dunia dan menjadikannya percuma untuk digunakan. Alat ini akan direka agar ianya seronok untuk digunakan di samping membolehkan pelajar mencapai kemajuan yang tertinggi dalam tempoh yang singkat, dengan mengaplikasi hasil kajian akademik yang terkini dalam bidang pembelajaran. Bina dan ulang kaji perbendaharaan kata anda bagi lebih daripada 30 bahasa dalam tempoh yang singkat, tanpa tekanan dan mengikut tahap anda sendiri.

Syarikat

Hari ini LanguageCourse.Net telah menjadi laman web bebas bagi kursus-kursus bahasa yang paling kerap dikunjungi, dan merupakan salah sebuah agensi kursus bahasa yang paling terkemuka di dunia. Selain menyediakan perbandingan yang telus bagi lebih daripada 5000 kursus bahasa di lebih daripada 50 buah negara, LanguageCourse.Net menawarkan perkhidmatan pendaftaran PERCUMA dan jaminan bahawa para pelanggan akan membayar harga yang terendah bagi kursus mereka.

LanguageCourse.Net telah menerima pelbagai anugerah dan maklum balas positif dari pihak media. Ibu pejabat pentadbirannya terletak di tengah-tengah bandar Barcelona yang dinamik.

Pasukan kami - Apa yang kami akan lakukan untuk anda

Pasukan sokongan antarabangsa kami - yang dipilih berdasarkan pengalaman mendalam mereka dalam melakukan perjalanan bahasa - berasal dari latar belakang antarabangsa yang berbeza. Anda boleh memilih untuk berbual dengan penutur asli dalam bahasa Inggeris, Jerman, Sepanyol, Jepun, Belanda, Perancis, Itali, Rusia, Sweden and Catalan.

Kami tahu betapa sukarnya untuk mengatur kursus dan penginapan di luar negara, terutama sekali sekiranya anda masih belum yakin dengan bahasa yang digunakan di destinasi anda. Kami akan berhubung dengan pihak sekolah bagi pihak anda dan memberikan anda sokongan dan nasihat yang sebaiknya, dari saat bila anda mula memikirkan untuk mengikuti kursus di luar negara, sehinggalah anda menamatkan kursus anda.

Hubungi kami dan kami akan membantu anda memilih sekolah yang terbaik dan memimpin anda melalui proses tempahan kursus, agar anda tidak perlu risau mengenai apa-apa.

Lebih 40,000 pelajar telahpun meletakkan kepercayaan mereka dalam perkhidmatan kami. Benarkan kami membantu anda memilih sekolah yang terbaik bagi kursus bahasa anda yang seterusnya.

 


 

Saya Menyukai
tentang
*diperlukan