Terma dan syarat

Perkhidmatan tempahan dalam talian Languagecourse.Net menawarkan maklumat yang telus dan sekolah-sekolah bahasa yang berkualiti tinggi pada harga yang terendah. Ini dapat dilaksanakan dengan bekerjasama rapat dengan sekolah-sekolah bahasa yang terbaik di dunia.

Terma penggunaan perkhidmatan LanguageCourse.Net

Harga
Penjimatan yang diperolehi dari pemprosesan dalam talian diberikan kepada pelajar. Tiada yuran pendaftaran tambahan bagi menggunakan perkhidmatan ini. Anda hanya akan membayar yuran sekolah yang rasmi. Bagi kebanyakan sekolah, anda akan menerima diskaun 5% ke atas yuran kursus tersebut.
Jaminan Harga Terendah
Ia adalah dijamin bahawa anda tidak akan dapat membuat tempahan bagi kursus yang sama pada harga yang lebih rendah di mana-mana tempat yang lain. Sekiranya anda menjumpai harga yang lebh rendah bagi kursus yang sama, anda akan diberikan bayaran balik bagi perbezaan harga tersebut.
Pihak-pihak yang berkontrak
LanguageCourse.Net menyediakan platform dalam talian untuk pendaftaran mudah secara terus dengan sekolah-sekolah bahasa di seluruh dunia. Kontrak akan termeterai secara terus di antara pelajar dan sekolah bahasa tersebut.


_____________________________________________________________


1. Pendaftaran

Pendaftaran dilakukan dengan menghantar borang pendaftaran dalam talian (Nota: Pada laman web LanguageCourse.Net, pautan untuk borang pendaftaran boleh didapati di bawah keterangan sekolah). Sebaik sahaja ketersediaan kursus disahkan, pelajar akan menerima pengesahan bertulis untuk pendaftaran kursus tersebut berserta invois dari pihak sekolah. Tempahan tersebut hanya akan berkuatkuasa untuk pihak sekolah bahasa sekiranya ia diluluskan secara bertulis. Pelajar adalah terikat kepada pendaftaran tersebut sehingga pengesahan dari pihak sekolah bahasa, selewat-lewatnya 16 hari selepas tarikh pendaftaran tersebut. Sekiranya pelajar memerlukan visa, ia adalah disyorkan bahawa anda membuat permohonan sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum kursus bermula.

2. Kandungan Kontrak dan Maklumat Pembayaran

Selepas akuan pengesahan kursus, pelajar akan memasuki kontrak secara langsung dengan pihak sekolah bahasa tersebut. Baki bayaran tertunggak akan dibuat terus kepada pihak sekolah. Penukaran mata wang di laman web kami adalah berdasarkan kadar pertukaran harian dan akan berubah mengikut variasi harian dalam kadar pertukaran. Untuk pembayaran awal, kadar pertukaran untuk hari tersebut akan digunakan. Mata wang pihak sekolah tersebut akan digunakan.

3. Perubahan Tempahan

Tidak ada yuran yang akan dikenakan untuk sebarang perubahan yang disampaikan kepada kami secara bertulis dalam masa dua hari perniagaan dari pengesahan tempahan tersebut. Tiada yuran akan dikenakan untuk penyambungan atau penaiktarafan tempahan di sekolah yang sama. Dalam semua kes yang lain, sekiranya pelajar ingin membuat pengubahsuaian kepada tempahan yang telah disahkan, yuran perubahan sebanyak 50EUR akan dikenakan. Untuk perubahan yang disampaikan kurang daripada 30 hari sebelum permulaan perkhidmatan yang ditempah, pihak sekolah berhak mengenakan bayaran kos tambahan kepada pelajar, yang terhasil daripada perubahan tersebut. Perubahan sekolah, pengurangan jangka masa kursus dan penurunan taraf perkhidmatan dianggap sebagai pembatalan dan terma-terma pembatalan adalah terpakai.

4. Pembatalan
  1. Pembatalan Kontrak oleh Pelajar
    Pelajar boleh membatalkan pendaftaran pada bila-bila masa sebelum kursus bermula. Pembatalan tersebut perlu disampaikan secara bertulis oleh orang yang membuat tempahan kursus tersebut. Pembatalan akan dikenakan bayaran pembatalan seperti yang dinyatakan di bawah: 46+ hari sebelum kursus bermula: Semua yuran dikembalikan melainkan jumlah pembayaran pertama semasa tempahan; 31-45 hari sebelum kursus bermula: Bayaran balik 75% melainkan jumlah bayaran pertama semasa tempahan 16 -30 hari sebelum kursus bermula: Bayaran balik 60% melainkan jumlah bayaran pertama semasa tempahan 1-15 hari sebelum kursus bermula: Bayaran balik 25% melainkan jumlah bayaran pertama semasa tempahan
    Yuran pendaftaran dan bayaran pertama tidak akan diberi bayaran balik. Selepas kursus bermula, pihak sekolah tidak akan memberikan sebarang bayaran balik. Permintaan untuk bayaran balik bagi perkhidmatan insurans yang dikontrakkan dikawal oleh syarat-syarat insurans dan perlu diuruskan oleh pelanggan secara terus dengan pihak insurans tersebut. Ia adalah disyorkan untuk mengambil kontrak insurans pembatalan setelah melakukan pendaftaran untuk menampung kos pembatalan sekiranya anda tidak boleh menghadiri kursus anda atas sebab-sebab perubatan. Untuk mengelakkan atau mengurangkan bayaran pembatalan, anda boleh mencadangkan orang lain untuk menggantikan tempat anda di dalam kursus tersebut atau anda boleh membuat permohonan awal untuk menangguhkan kursus anda ke tarikh yang lain. Lazimnya, pihak sekolah tidak akan mengenakan sebarang yuran atau hanya yuran pentadbiran yang kecil untuk kes-kes sebegini.
  2. Pembatalan Kontrak oleh pihak Sekolah
    Sekiranya terdapat kesilapan percetakan, penulisan atau pengiraan, pihak sekolah berhak untuk membatalkan kontrak tersebut.
  3. Pembatalan disebabkan Penolakan Pemberian Visa
    Sekiranya pelanggan terpaksa membatalkan kursusnya disebabkan penafian pemberian visa selepas permohonan visa yang dibuat mengikut masa, semua bayaran dan deposit akan dikembalikan tertakluk kepada caj pentadbiran sebanyak 180EUR. Pelanggan perlu mengemukakan dokumen yang menunjukkan penolakan pemberian visa tersebut sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum permulaan kursus atau tempahan penginapan.

5. Privasi

Data tempahan dan pembayaran yang diberikan oleh pelajar akan dilayan dengan kerahsiaan mutlak.

6. Notis Kecacatan

Sekiranya pelajar menerima kekurangan penjagaan yang betul semasa kursus bahasanya, dia mesti memaklumkannya kepada pihak pengurusan sekolah dengan segera dan memintanya diperbaiki. Dengan mengabaikan kewajipan ini, duti untuk melakukan pembaikan dilucutkan. Adalah disyorkan untuk mendapatkan pengesahan mengenai aduan tersebut secara bertulis.

7. Pasport, Visa, Kastam, Mata Wang dan Arahan-arahan Kesihatan

Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk memenuhi keperluan yang sewajarnya bagi pelaksanaan perjalanan mereka ke destinasi kursus, seperti pasport, visa, peraturan kastam, arahan-arahan kesihatan dan insurans. Untuk menghantar dokumen visa yang diperlukan, pihak sekolah mungkin mengenakan bayaran tambahan untuk perkhidmatan pos penghantaran cepat bagi kursus-kursus yang ditempah dalam notis yang singkat sebelum permulaan kursus. Selain daripada itu, pelajar perlu memaklumkan kepada pihak sekolah dengan secepat mungkin mengenai sebarang jangkitan dan pemvaksinan serta lain-lain langkah profilaksis dan mendapatkan nasihat perubatan sekiranya perlu. Maklumat umum mengenai perjalanan disediakan oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan dan perkhidmatan perubatan.

8. Penginapan

Jenis penginapan yang dikehendaki akan dipilih dan diberikan oleh pihak sekolah. Lazimnya, penginapan ditempah dari hari Ahad (=hari sebelum kursus bermula) sehingga hari Sabtu (=hari selepas kursus berakhir). Sekiranya pelajar ingin menginap untuk malam-malam tambahan, pihak sekolah mengenakan bayaran penginapan tambahan. Pihak sekolah akan cuba untuk memenuhi semua pilihan yang disenaraikan dengan jelas di dalam lapangan komen borang pendaftaran. Pelajar akan menerima maklumat terperinci mengenai penginapan kira-kira 1-2 minggu sebelum kursus bermula.

9. Perkhidmatan Jemputan dari Lapangan Terbang

Pelajar boleh menempah perkhidmatan jemputan dari lapangan terbang di dalam borang pendaftaran. Perkhidmatan ini merangkumi; ditemui di lapangan terbang oleh wakil sekolah dan pengangkutan dari lapangan terbang ke penginapan. Semua maklumat penerbangan perlu dihantar sekurang-kurangnya satu minggu sebelum ketibaan. Perkhidmatan ini juga boleh didapati pada kos tambahan untuk perjalanan pulang.

10. Saiz Kumpulan Minimum

Sekiranya saiz kumpulan minimum untuk sesuatu kursus tidak dapat dicapai, pihak sekolah berhak untuk memberikan bilangan kelas individu/kumpulan mini kurang untuk menggantikan kelas berkumpulan yang ditempah.

11. Peraturan-peraturan Umum Sekolah

a) Persetujuan mengenai perubahan dan penambahan kepada perkhidmatan yang diterangkan serta tempahan perlu diberikan secara bertulis (contohnya melalui e-mel). b) Sekiranya tiada perbezaan dinyatakan, ia menunjukkan bahawa aktiviti bersiar-siar, lawatan, kursus bahan-bahan dan lain-lain, tidak termasuk di dalam harga yang dinyatakan dan perlu dibayar semasa ketibaan atau sebagaimana dikehendaki. c) Melainkan dinyatakan dengan khusus, kelas-kelas tidak dijalankan pada hari-hari cuti tempatan dan nasional atau pada hari Sabtu dan Ahad. Kelas-kelas yang tidak dihadiri tidak boleh dijalankan semula atau dikembalikan bayarannya. d) Sekiranya kursus perlu diubahsuai atau dibatalkan disebabkan oleh peristiwa-peristiwa yang tidak terkawal, kegagalan pengangkutan awam, urusan rasmi, perubahan dalam jadual, mogok, pergolakan atau sebab-sebab lain yang mandatori, ini tidak menjustifikasikan tuntutan untuk pengembalian bayaran.

Saya Menyukai
tentang
*diperlukan