Tuisyen Bahasa Persendirian dan Penginapan di Rumah Guru Anda

Dengan program 'Belajar dan Tinggal Di Rumah Guru Anda', anda mempunyai peluang yang unik untuk diajar oleh guru peribadi anda, sambil menikmati pengalaman menetap di rumah guru itu sendiri.

Hasilnya, anda akan benar-benar berpeluang untuk menjalani kehidupan seharian dalam bahasa sasaran anda, di mana anda akan dapat mendalami budaya negara itu dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial dan kehidupan keluarga guru anda.

Perbezaan di antara program ini dengan kursus bahasa yang lain ialah guru anda bukan sahaja akan membantu memperbetulkan kesilapan anda dan memimpin anda semasa kelas, dia juga akan berada di sisi anda sepanjang hari, bermula dari masa sarapan sehinggalah anda mengucapkan selamat malam. Proses pembelajaran berterusan sepanjang hari, dan ini akan mempercepatkan kemajuan anda.

Anda tidak perlu melakukan perjalanan ke sekolah setiap hari, sebaliknya anda akan belajar dalam suasana rumah yang selesa. Guru anda akan dapat menyesuaikan tindak balasnya, dan akan dapat memberikan anda pelajaran yang sesuai dengan peribadi anda, berdasarkan minat anda dan memenuhi kemahuan anda. Anda tidak akan berhubung dengan penutur bahasa asal anda, kerana satu-satunya bahasa yang akan digunakan ialah bahasa sasaran anda.

Disebabkan ini, program ini, yang sesuai untuk para remaja, pelajar, golongan profesional dan matang, dianggap sebagai cara yang paling berkesan untuk mempertingkatkan kemahiran bahasa dalam tempoh yang singkat.

Semua guru telah dipilih dengan teliti dan mempunyai sijil pengajaran yang diiktiraf, ijazah universiti atau kelayakan lain yang diterima. Maka, mereka mempunyai pendidikan dan pengalaman yang diperlukan bagi program khas ini.

Terdapat pilihan guru-guru tuan rumah yang ramai, yang membolehkan sekolah untuk mencari keluarga yang sesuai untuk semua peserta. Kediaman mereka telah diperiksa dengan secukupnya untuk memastikan standard yang tertinggi dikekalkan.

Berikut adalah rekod terperinci mengenai semua bahasa dan lokasi yang boleh didapati.

Pilih bahasa di bawah, bagi perbandingan program-program 'Belajar dan Tinggal di Rumah Guru anda':
Saya Menyukai
tentang
*diperlukan