X

Jaminan Perkhidmatan Kami

Harga Terendah
Di sini, anda akan membayar harga yang lebih rendah berbanding membayar terus di sekolah, atau di mana-mana yang lain. Jika anda menemui tawaran harga yang lebih rendah, kami menjamin bahawa kami bukan sahaja akan menyamainya, tetapi juga memberi anda bayaran balik 5%. Di samping itu, anda mendapat manfaat syarat-syarat pembayaran dan pembatalan yang lebih baik. Maklumat lanjut
Tiada Yuran Agensi
100% dijamin, bahawa tiada yuran agensi dikenakan apabila anda membuat tempahan di laman web ini. Berbeza dari pengusaha atau agensi pelancongan yang lain, tiada sebarang yuran tambahan dikenakan oleh kami selain daripada harga asal yang dikenakan oleh sekolah tersebut.
100% Perlindungan Pembayaran
Anda boleh memanfaat daripada perlindungan pembayaran tambahan kami tanpa sebarang kos tambahan, hanya dengan membuat tempahan di laman web kami. Sekiranya berlaku kebankrapan sekolah, pembayaran anda ke sekolah tersebut tidak akan hilang. LanguageCourse S.L. akan menjamin pembayaran yang anda dibuat kepada pihak sekolah tersebut secara subsidiari.
Perkhidmatan Penuh
Sebelum, semasa dan selepas kursus anda, kami berada di sini untuk anda. Anda boleh menghubungi perunding-perunding kami yang berpengalaman dan mesra dengan mudah, menggunakan pelbagai bahasa dan berkomunikasi dengan selesa dalam bahasa ibunda anda. Apabila anda membuat tempahan dengan kami, anda mempunyai rakan kongsi yang bebas dan kuat, yang anda boleh harapkan sekiranya berlaku sebarang perselisihan dengan sesebuah sekolah.
Kualiti Sekolah
Kami menjamin bahawa sekolah-sekolah kami telah dipilih dengan teliti, mengikut standard kualiti yang tinggi. Kriteria-kriteria kami, seperti mesti diiktiraf oleh persatuan yang terkenal atau mempunyai latar belakang pendidikan yang teguh dan berpengalaman, memastikan bahawa sekolah-sekolah tersebut memenuhi jangkaan pelajar. Hanya peratusan kecil sekolah-sekolah yang berminat untuk diwakili di laman web kami melepasi proses saringan menyeluruh kami. Kami menjamin bahawa semua kelas berkumpulan mengambil masa minimum 45 minit, dan saiz kelas tidak melebihi had yang ditetapkan. Sekolah-sekolah akan sentiasa menguji tahap bahasa anda sebelum memulakan kursus anda. Sekolah-sekolah bahasa mesti mempunyai prosedur aduan mereka yang tersendiri dan diwajibkan secara kontrak dengan LanguageCourse S.L. untuk bertindak terhadap sebarang aduan bertulis dalam masa 48 jam.
Terma Keutamaan jika Visa Ditolak
Kebanyakan sekolah rakan kongsi kami telah bersetuju dengan polisi eksklusif khas kami bahawa mereka akan membayar balik sebarang yuran pengajian yang telah dibayar dan hanya akan mengenakan caj minimum untuk menampung yuran pentadbiran, dengan syarat dokumentasi rasmi penolakan visa diterima sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum tarikh permulaan kursus anda. Jumlah ini tidak akan melebihi 180€. Bergantung kepada destinasi pilihan anda, anda mungkin perlu membayar kos kursus penuh terlebih dahulu sebelum dokumen sokongan permohonan visa dikeluarkan. Sekiranya permohonan visa anda ditolak, matlamat kami adalah untuk mengelakkan bayaran pembatalan kursus yang tinggi, yang mungkin mewujudkan beban kewangan yang tidak dijangka. Perhatikan ikon ini pada halaman profil sekolah. Sekolah yang tidak memaparkan ikon ini mungkin mengenakan caj yang lebih tinggi.
Dalam akhbar:
Siaran akhbar
Siaran akhbar
Dipercayai oleh:
Syarikat yang mempercayai LanguageCourse.net
Syarikat yang mempercayai LanguageCourse.net