X

Polisi Privasi

1. Bagaimana kami mengolah data anda

1.1 Kami mengendalikan maklumat anda secara serius. Kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan mana-mana pihak ketiga, kecuali dengan mereka yang menawarkan perkhidmatan kepada anda, seperti yang dinyatakan di bawah, di mana anda memberi kami hak untuk berkongsi maklumat minimum yang diperlukan untuk meneruskan kontrak tempahan anda dan jaminan kualiti perkhidmatan.

1.2 Data peribadi yang kami peroleh dari anda, yang telah diberikan oleh anda dengan memasukkannya dalam borang pendaftaran kami atau melalui telefon dengan mana-mana ejen kami, adalah seperti berikut:

- Nama pertama dan akhir (dan nama tengah atau nama kedua akhir yang berkenaan), nombor pasport, kewarganegaraan, tarikh lahir, alamat, nombor telefon (dan nombor kecemasan, jika diperlukan), e-mel. Ini adalah maklumat minimum yang diperlukan untuk menghubungkan anda dengan sekolah pilihan anda.
- Tahap bahasa. Ini membantu sekolah untuk menawarkan kursus yang betul.
- Maklumat bank. Sekiranya anda memilih untuk membayar prabayaran tempahan anda melalui debit terus, kami akan menyimpan maklumat ini sehingga pembayaran didebitkan dari akaun anda.
- Maklumat kad kredit. Apabila membayar prabayaran untuk tempahan anda melalui kad kredit, kami akan menyimpan maklumat ini sehingga pembayaran telah dijamin.
- Kami tidak menyimpan maklumat jantina (melainkan anda mahu kami memanggil anda Encik atau Cik), agama, etnik atau mana-mana yang berkaitan.

1.3 Kami mungkin menghantar maklumat berkala mengenai tawaran di laman web kami. Anda mempunyai hak untuk membatalkan pemberitahuan ini pada bila-bila masa dan boleh melakukannya melalui pautan di bahagian kekaki emel yang diterima.

1.4 Jika anda memilih untuk menilai kepuasan anda untuk perkhidmatan/produk yang ditempah, penilaian anda akan dilihat oleh pengunjung lain ke laman web kami, berserta maklumat umur, negara kediaman, nama pertama dan singkatan anda, melainkan anda memilih untuk menerbitkan penilaian anda tanpa nama.

1.5 Selepas perjanjian kontrak selesai, data peribadi anda akan dipadamkan secara automatik selepas tempoh pengarkiban yang diperlukan tamat, sebagaimana yang ditentukan oleh peraturan semasa dan peraturan komersial.

2. Perkongsian data dengan pembekal lain

Maklumat peribadi yang anda berikan dikongsi dengan sekolah pilihan anda (yang mungkin terletak di luar EU). Butiran pembayaran anda (kad kredit/akaun bank) tidak akan dikongsi dengan sekolah. Jika anda memilih untuk mengambil insurans perjalanan, kami juga berkongsi sebahagian daripada data yang diberi dengan AVI International SAS, dengan ID VAT FR-72323234575, di alamat 40-44 rue Washington 75008 Paris (FRANCE). Kami akan sentiasa memastikan maklumat yang dikongsi dengan pihak ketiga ini kepada maklumat minimum yang diperlukan.

3. Penggunaan Cookies

Laman web mungkin akan menyimpan apa yang digelar sebagai "cookies". Cookies ini tidak akan mengandungi data peribadi. Ia digunakan untuk memperbaiki kebolehgunaan kunjungan anda ke laman web kami dan memastikan bahawa kandungan laman web dipaparkan dalam bahasa yang tepat.

4. Google Analytics

Laman web ini menggunakan Google Analytics, perkhidmatan analisis web yang disediakan oleh Google, Inc. ('Google'). Google Analytics menggunakan 'kuki', iaitu fail teks yang diletakkan dalam komputer anda, untuk membantu laman web menganalisis bagaimana pengguna menggunakan laman web. Maklumat yang dihasilkan oleh kuki tentang penggunaan laman web anda (termasuk alamat IP anda) akan dihantar dan disimpan oleh Google di pelayan di Amerika Syarikat. Google akan menggunakan maklumat ini untuk tujuan menilai penggunaan laman web anda, menyusun laporan mengenai aktiviti laman web untuk pengendali laman web dan menyediakan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan aktiviti laman web dan penggunaan internet. Google juga boleh memindahkan maklumat ini kepada pihak ketiga jika dikehendaki berbuat demikian mengikut undang-undang, atau jika pihak ketiga tersebut memproses maklumat tersebut bagi pihak Google. Google tidak akan mengaitkan alamat IP anda dengan data lain yang dipegang oleh Google. Anda boleh menolak penggunaan kuki dengan memilih tetapan yang sesuai pada pelayar web anda, tetapi sila maklum bahawa jika anda berbuat demikian, anda mungkin tidak dapat menggunakan fungsi penuh laman web ini. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan pemprosesan data anda oleh Google, dalam cara dan tujuan yang dinyatakan di atas.

5. Pemasaran Semula Google AdWords

Kami menggunakan Pemasaran Semula Google AdWords untuk mengiklankan jenama kami di Internet. Pemasaran semula AdWords akan memaparkan iklan berkaitan yang disesuaikan dengan anda berdasarkan bahagian laman web LanguageCourse yang telah dilihat dengan meletakkan kuki pada alatan anda. KUKI INI TIDAK MENDEDAHKAN IDENTITI ANDA ATAU MEMBERIKAN AKSES KEPADA KOMPUTER ANDA . Kuki digunakan untuk mengatakan "Pengguna ini telah mengunjungi halaman ini, jadi tunjukkan mereka iklan yang berkaitan dengan halaman ini". Pemasaran Semula Google AdWords membolehkan kami menyesuaikan program pemasaran kami agar ia lebih sesuai dengan keperluan anda dan hanya memaparkan iklan yang berkaitan dengan anda.

Sekiranya anda tidak mahu menyertai program Pemasaran Semula Google AdWords, anda boleh memilih untuk tidak menyertainya dengan mengunjungi bahagian Pengurus Pilihan Iklan Google.

6. Plugin media sosial

Plugin media sosial untuk Facebook, Google, Twitter, AddThis, Pinterest.
Laman web kami menggunakan plugin untuk media sosial yang dinyatakan di atas. Jika anda melawat halaman dalam laman web kami yang menggunakan salah satu plugin ini, pelayar web anda akan tersambung secara automatuk ke Facebook, Google, Twitter atau Pinterest. Kandungan yang dihantar dari plugin ini adalah terus dari pembekal yang berkenaan ke pelayar web anda dan disepadukan dengan halaman tersebut. Melalui proses ini, pembekal dimaklumkan bahawa anda telah melawat halaman tersebut di laman web kami, walaupun anda tidak mempunyai akaun dengan mereka atau anda tidak mendaftar masuk pada ketika itu. Maklumat ini (termasuk alamat IP) dihantar oleh pelayar web anda terus ke pelayan pembekal (yang mungkin terletak di Amerika Syarikat), dan disimpan di sana. Jika anda telah melog masuk ke akaun anda dengan salah satu pembekal ini, mereka mungkin menyenaraikan secara automatik kunjungan anda ke laman web kami dalam profil anda. Jika anda berinteraksi dengan mana-mana plugin sosial ini, dengan mengklik butang "suka" atau "kongsi", maklumat berkenaan juga dihantar terus ke pelayan pembekal untuk disimpan di sana. Pada masa yang sama, maklumat ini akan diterbitkan pada profil media sosial anda dan boleh dilihat oleh kenalan anda atau berdasarkan tetapan privasi anda dengan pembekal tersebut. Ia bertujuan untuk melindungi kepentingan kami yang sah, yang diutamakan dalam konteks keutamaan kepentingan, dalam pengkomersialan optimum tawaran kami.
Untuk tujuan dan skop pengumpulan data, pemprosesannya selepas itu dan penggunaan data tersebut oleh pembekal, serta pilihan perhubungan, hak dan pilihan konfigurasi anda yang berkaitan untuk melindungi privasi anda, sila rujuk dasar privasi pembekal:
https://www.facebook.com/policy.php
https://twitter.com/privacy
https://www.google.com/intl/de/+/policy/+1button.html
https://www.addthis.com/privacy/privacy-policy
https://help.pinterest.com/en/articles/edit-your-account-privacy

Sekiranya anda tidak mahu data peribadi anda dikumpul dari laman web kami oleh media sosial yang dinyatakan, anda perlu menamatkan perkhidmatan berkenaan dengan pembekal yang berkenaan sebelum mengunjungi laman web kami. Anda boleh mengelakkan penggunaan plugin ini jika anda mahu, menggunakan "NoScript" (http://noscript.net).

7. Menghantar peringatan penilaian melalui emel

Kami akan menggunakan alamat emel anda untuk menghantar peringatan untuk penilaian kursus anda melalui sistem klasifikasi kami. Persetujuan boleh ditarik balik pada bila-bila masa dengan menghantar mesej kepada orang hubungan yang dinyatakan di bawah.

8. Keselamatan

Data peribadi anda dienkripsikan menggunakan teknologi 256-bit SSL dan dihantarkan melalui internet dalam format yang telah dienkripsikan. Kami menjamin keselamatan laman web dan sistem-sistem lain kami menerusi langkah-langkah teknikal dan berorganisasi terhadap sebarang kehilangan, kemusnahan, akses, pengubahsuaian atau penyebaran data anda oleh sesiapa yang tanpa kebenaran.

9. Hak ke atas maklumat

Berdasarkan peraturan privasi kebangsaan, anda berhak untuk menerima maklumat berkenaan data anda yang disimpan, secara percuma. Anda mempunyai hak untuk membuat pembetulan, menyekat atau memadamkan data selagi permintaan anda tidak bertentangan dengan peraturan kebangsaan yang telah ditetapkan bagi penyimpanan data, iaitu berdasarkan undang-undang cukai dan komersial.

10. Siapa yang harus dihubungi untuk Isu-isu Privasi

Untuk soalan-soalan berkenaan pengumpulan, pemprosesan atau penggunaan data peribadi anda, maklumat, pembetulan, sekatan atau pemadaman data, dan pembatalan kebenaran yang telah diberikan, sila hubungi LanguageCourse S.L. c/ Casp 17 - 8º. 08010 Barcelona (Spain)

Kemas kini terakhir: 2018-06-13

Dalam akhbar:
Siaran akhbar
Siaran akhbar
Dipercayai oleh:
Dipercayai oleh
Dipercayai oleh