Dapatkan nasihat percuma dari pakar perjalanan bahasa kami untuk membantu anda mencari sekolah yang terbaik untuk anda.
Fakta Utama tentang Melbourne
Melbourne: Melbourne merupakan bandar yang kedua terbesar di Australia. Ia mempunyai iklim yang selesa, kawasan-kawasan hutan dan pergunungan serta kemudahan hiburan dan sukan yang baik. Taman-taman di dalam bandar ini memberikannya suasana yang menyenangkan dan terbuka, dan latar langitnya menggabungkan menara-menara yang elegan dengan pencakar langit moden yang mempesonakan.
Acara di MelbourneMasa terbaik untuk mengambil kursus bahasa di Melbourne
Januari
Australian Open Tennis
Januari 2020Australian Open ialah salah satu daripada empat kejohanan tenis Grand Slam antarabangsa. Perlawanan dimain pada permukaan keras sepanjang dua minggu dalam setiap bulan Januari.
Februari
St Kilda Festival
Februari 2020Festival musim panas percuma yang terbesar di Australia. Dalam acara untuk artis-artis Australia ini, pentas-pentas didirikan sepanjang pesisir bawah bahagian tengah subbandar Melbourne. Seminggu sebelum itu, festival St Kilda juga menganjurkan festival muzik dan kebudayaan asli Yalukit Wilum Ngargee.
Mac
Formula 1 Australian Grand Prix
Mac 2020 - April 2020Melbourne Grand Prix diadakan di litar jalanan di selatan pusat Melbourne, berhampiran Taman Tasik Albert. Sebahagian daripada kejohanan perlumbaan Formula 1.
Melbourne Comedy Festival
Mac 2020 - April 2020Melbourne merupakan tuan rumah kepada festival komedi yang terbesar di Australian, yang ketiga terbesar di dunia selepas Edinburgh dan Montreal. Program utama ialah pertunjukan di hadapan penonton dan pertunjukan kabaret, tetapi juga merangkumi skit, sketsa, perbahasan, improvisasi dan muzik. Pertunjukan biasanya diadakan di tempat-tempat yang ganjil.
Mei
Melbourne International Jazz Festival
Mei 2020 - Jun 2020Dari dewan konsert dan kelab malam dan di jalanan, Festival Jazz Antarabangsa Melbourne telah memenuhi bandar ini dengan muzik yang hebat sejak tahun 1998.
Ogos
Melbourne International Film Festival
Ogos 2020Acara selama tiga minggu ini ialah salah satu festival tertua di dunia untuk filem antarabangsa dan juga tempat paling penting untuk tayangan filem-filem baru dari Australia. Selepas festival utama, hasil karya terbaik menjadi sebahagian daripada pertunjukan bergerak.
September
Melbourne Fringe Festival
September 2020Melbourne Fringe ialah festival seni bebas berbilang disiplin yang bertujuan untuk menyediakan kemudahan seni oleh orang ramai, untuk orang ramai, dengan orang ramai. Lebih daripada 6000 artis mengambil bahagian setiap tahun, mempersembahkan seni yang asli dan tulen, dalam pelbagai bentuk.
Oktober
Moto GP
Oktober 2020Sebahagian daripada musim MotoGP, acara ini telah diadakan di Melbourne sejak tahun 1997.
November
Melbourne Cup Day
November 2020Piala Melbourne ialah salah satu acara lumba kuda baka baik yang paling penting di Australia. Perlumbaan ini berjarak 3.2 km dan diadakan pada hari Selasa kedua pada bulan November setiap tahun. Hari perlumbaan merupakan hari cuti untuk wilayah Victoria.
Apa yang boleh dilakukan di Melbourne
Pasar Queen Victoria
Perpustakaan Negeri Victoria
Taman Botani Diraja
Hosier Lane
Great Ocean Road (12 Apostles)
Melbourne
Peta dengan lokasi sekolah-sekolah Bahasa Inggeris di Melbourne
Pengangkutan awam di Melbourne
Soalan yang kerap ditanya tentang sekolah di Melbourne
Sekolah mana di Melbourne yang menawarkan program lawatan dan aktiviti petang yang terbaik?
Pelajar-pelajar menilai program aktiviti di Embassy English sebagai yang terbaik.
Apakah sekolah bahasa yang terbaik di Melbourne untuk orang dewasa?
OHC English telah menerima penilaian keseluruhan yang terbaik di Melbourne.
Sekolah Bahasa Inggeris yang mana di Melbourne yang mempunyai lokasi terbaik?
Sekolah Bahasa Inggeris yang mana menawarkan pengajaran yang dinilai sebagai yang terbaik di Melbourne?
Kualiti pengajaran yang diberi penilaian tertinggi adalah untuk OHC English.
Apakah tempoh kursus yang disyorkan?
Anda boleh mengikuti kursus bermula dari hanya 1 minggu. Untuk peningkatan yang lebih baik, anda boleh memilih kursus dengan tempoh yang lebih panjang. Menurut kaji selidik oleh Majalah StudyTravel, purata tempoh kursus untuk Australia adalah 12 minggu.
LanguageCourse.net ialah direktori pendidikan bebas yang paling kerap dikunjungi di seluruh dunia untuk tempahan program pembelajaran Bahasa Inggeris luar negara berdasarkan saranan sekolah-sekolah Bahasa Inggeris di Australia. Sama ada anda mencari kursus bahasa dengan harga yang paling rendah, dengan pengajaran berkualiti atau aktiviti masa lapang yang menyeronokkan, kami akan membantu anda mencari kursus terbaik untuk anda dari senarai terpilih kelas Bahasa Inggeris untuk peringkat asas atau tahap lanjutan. Pakar perjalanan bahasa kami sedia membantu anda.
Jika anda melakukan perjalanan menggunakan visa pelajar dan memerlukan pihak sekolah untuk mengeluarkan surat jemputan, syarat-syarat lain mungkin dikenakan. Sila rujuk terma utama: Terma Keutamaan jika Visa Ditolak